Tuesday, June 14, 2011

finally it's done!!!!

alhamdulillah.
finally habis sudah 6 bulan ini.
6 bulan bangun pagi2, menunggu bas t231 jam 7.40 utk ke terminal putra,
kemudian beli breakfast di kedai news terminal putra,
tunggu bas t2o3 ke seri gombak, turun di
taman sri gombak fasa 3, mendaki tangge ke tingkat 3,
lepas tu duduk termenung di anak tangge menanti orang2 yg
kakak2 / abg2 dtg bukakkan pintu, masuk ofis, bukak pc,
borak2 pagi dgn rakan sekerje, buat kerje... tunggu lunch hour sambil
melayan perut berbunyi....
lepas tu mesej rakan seintern "hari ni kite nak makan ktne?"
(walaupun dah tau mesti makan dekat kafe mesra ria)
lepas lunch lepak2 sambil borak2 lagi dgn rakan2 sekerje,
pastu sambung buat kerje (kalau ade lah)
sambil menanti2 jam 5.30.
5.25 boleh tutup pc, siap2 nak balik.
5.27 dah berade di depan almari kasut sebelah pintu, tgk jam dah
5.30 ke belum.
tepat 5.30 bukak pintu dan berjalan dgn penuh bersemangat ke bus stop.
sampai di bus stop jumpe dgn rakan2 yg same2 intern di kawasan 
sri gombak. 
kalau bas awal, sangat gembire.
kalau bas lambat, memang rase macam nk bg jari tgh kt pakcik bas.
lepas tu balik uia, lepak kt bilik, jam 10 malam dah berjumpe
dgn rakan2 dalam mimpi. 

yeah!!! berakhir sudah kehidupan itu.
lepas ni tak payah nak bangun awal lagi. 
tak payah nak buat akaun lagi (well at least utk 3 bulan lagi)
dan boleh pergi berpoye2 bile2 mase saje (as if...)

jutaan terime kasih kt staf Fokus Niaga (M) Sdn Bhd,
encik bos, puan bos, encik manager, akak2 dan encik2 jiran cubicle....
mesti korang sume rase sgt lege sbb budak2 intern yg paling 
tak senonoh (aku la tu..) dah habes tempoh internship.
tak lupe juge kpd encik client yg garang tak tentu pasal balas-emel-gune-capslock-
mungkin-die-tgh-buat-ubs-malas-nak-un'capslock-kot.
selamat lah berurusan dgn staf2 yg lain.
sesungguhnye bukan salah kami asyik mintak query tapi akaun tak siap2 
(kalau query tak jawab camne nak siapkan akaun? camno tu?)

and thanks to pakcik2 (kadang2 abang2) driver bas t231 dan t203 yg hari2 tak
jemu memandu bas supaye kami dapat ke destinasi yg dituju
(walaupun selalu la sangat nak lambat2 sampai kami terpakse naik cab dan
kurang lah duit kami nak makan sbb tambang cab mahal)
and i shall thank pakcik2 cab sbb sudi bawak kami ke sri gombak (berbayar ok)
except pakcik cab on my last day, yg byk cakap gile tu, dah la kene bayar mahal.

and my biggest appreciation goes to these peeps,
cik gojes, cik chun, cik chomel, cik chu tim, dan cik ya.
sbb pagi ptg temankan sy tunggu bas (perkare yg paling membosankan 
didunie okehhh)
sbb selalu temankan sy keluar berpoye2 selepas kerje,
sbb bawak sy pegi makan tempat sedap (restoren makanan arab kt setiawangsa,
restoren asam pedas 10 jari... pizza....)
sbb 90% drpd tiket wayang sy dlm tempoh 6 bulan ni
dibeli bersame dgn kamu2 semue....
dan membuatkan mak sy tak risau sy tak mempunyai rakan yg lain.
heeeee.... syg awak semue.
awak semue mmg berjase.

p/s - lepas ni nak carik gmbr2 spjg intern, pastu blh post kt sini. hehe

4 comments:

fYZa said...

hahahahhaha en client yang mungkin tgh buat ubs malas nk uncapslock? kehkehkeh..da nama client,,gitula pe'el die kan..yesshhh abes intern!

umMi alYa said...

rinduuuuuuuuu......

AKU CHUN said...

Sya nak tiru entry awak. Macam malas je nak taip. aahaha. Ikin!! saya juga dah berakhir!

azim ikin said...

ana chun. tahniahhhhhhh!!!! kopipes lah kalau nk. tukar je part2 yg berkaitan. haha